Kelantan Darul Naim Forum Index
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Home | Forum

Bola Sepak Negeri Kelantan (utusan online)

 
Post new topic   Reply to topic    Kelantan Darul Naim Forum Index -> Perkembangan Sukan Negeri Kelantan
View previous topic :: View next topic  
Author Message
EJ
Admin


Joined: 22 Aug 2006
Posts: 10

PostPosted: Wed Nov 08, 2006 1:50 am    Post subject: Bola Sepak Negeri Kelantan (utusan online) Reply with quote

Kelantan mula bersemangat
Oleh ZAIDI AWANG HAMAT

KOTA BHARU – Kepulangan tiga pemain tonggak termasuk bekas pemain kebangsaan, Nik Ahmad Fadley Nik Leh yang pernah mencipta nama di luar Kelantan sebelum ini sedikit sebanyak telah menyuntik semangat baru kepada rata-rata pemain muda negeri ini bagi mengharungi Liga Malaysia pada 2 Disember ini.

Dua pemain lain adalah pemain pertahanan kental, Saiful Nizam Husin dan pemain tengah, Zulhisam Yunus.

Saiful menimba pengalaman penting selama dua musim bersama Selangor manakala Zulhisam bersama pasukan Tentera dan Nik Ahmad Fadley bersama pasukan Melaka.

Kehadiran ketiga-tiga pemain itu ketika menjalani latihan di padang latihan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam berjaya mewujudkan suasana girang sewaktu latihan .

Sebelum ini suasana latihan dilihat bagaikan tidak bermaya tanpa kehadiran hampir 10 pemain utama yang telah mengesahkan akan berhijrah kepada pasukan lain musim depan.

Latihan semalam tanpa kelibat wajah-wajah regular seperti Khairul Za Azmi, Khairul Anuar Ramli, Badri Razi, Azlan Ismail, Sairozi Daud dan juga Sarudy Aziz .

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Jazlan Mohamad berkata, soal perpindahan ramai pemain itu tidak sekali-kali menjejaskan persiapan pasukan Kelantan kali ini.

Malahan katanya, kepulangan beberapa pemain berkenaan dan juga beberapa pemain sedia ada telah berjaya mengisi semula ruang-ruang kosong dalam setiap posisi pasukan Kelantan itu.

Katanya, kepulangan Zulhisam dan juga Nik Ahmad Fadly akan menguatkan semula posisi tengah, malahan dijangka lebih mantap dengan pengalaman dan juga kemahiran yang dimiliki kedua pemain berkenaan.

‘‘Demikian juga posisi pertahanan, biar pun tanpa Sarudy Aziz, tetapi kehadiran Saiful Nizam dijangka mampu membentuk gandingan mantap bersama rakan-rakan lain termasuk dengan Khairan Eroza dan penjaga gol berpengalaman Halim Napi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan semangat baru serta kesungguhan setiap pemain Kelantan bakal menampilkan persembahan mantap musim ini setelah dua musim beraksi untuk mencari rentak.

Katanya, setelah dibenarkan beraksi semula dalam liga perdana tahun 2005, pihaknya tidak mensasarkan harapan tinggi sebaliknya menganggapkan tahun 2005 dan 2006 sebagai tahun pemulihan.

‘‘Memang kita meletakan harapan tinggi tahun ini untuk mencipta kejayaan dalam saingan liga dan juga Piala Malaysia, demi mengembalikan semula imej bola sepak Kelantan,” katanya.
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    Kelantan Darul Naim Forum Index -> Perkembangan Sukan Negeri Kelantan All times are GMT
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2002 phpBB Group
Effex-Media Web Resources


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free