abediey Member Forum

Joined: 26 Oct 2006 Posts: 10
|
Posted: Thu Oct 26, 2006 9:42 pm Post subject: love ur brain |
|
|
. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - Apabila seseorang tidak mengambil
sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya
kurang aktif.
2. Terlebih Makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau
terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan Gula Yang Berlebihan - Pengambilan gula secara
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain
daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran Udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam
badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan
oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih Tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi
masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup Muka Ketika Tidur - Tidur sambil menutup muka akan
mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan Otak Bekerja Semasa Kurang Sihat - Bekerja semasa anda
kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa
kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang Imaginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih
otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang Berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita
kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah
keberkesanan kecerdasan otak kita. _________________ abe lerrrr |
|